Seni Jimak

Thursday 5 July 2012

Bengang isteri muda kurang nafsu

AYA berumur 47 tahun, pekerja persisir pantai yang berada 28 hari di pelantar dan 14 hari cuti.
Saya berkahwin dengan seorang cikgu yang jauh perbezaan umur antara kami. Isteri saya berusia 29 tahun dan kami mempunyai anak berumur 10 bulan hasil pernikahan kami sejak dua tahun lalu.

Masalahnya, isteri saya kurang nafsu malah boleh dikatakan langsung tiada nafsu selepas melahirkan anak pertama kami. Sebelum hamil anak pertama, nafsunya, agak kurang. Setiap kali saya pulang dari pelantar dan bercuti, dia sering menolak permintaan saya untuk melakukan hubungan hingga mendatangkan pertengkaran antara kami. Saya agak khuatir sekiranya perkara ini berlanjutan, ia akan membawa kehancuran kepada rumah tangga kami.

Saya ingin memberitahunya supaya membeli pil untuk memberi rangsangan nafsu, tetapi saya bimbang dimarahi. Apakah jalan terbaik serta ubat-ubatan yang dapat membantu kami?


RISAU,
Kuantan, Pahang


LANGKAH pertama adalah berbincang dari hati ke hati mengenainya. Kemudian jika perlu, bawalah isteri anda mendapatkan kaunseling bersama doktor, secara permulaan sama ada dengan pakar sakit puan, pakar psikologi ataupun pakar psikiatri.

Ada kemungkinan ini berpunca hasil daripada masalah inter personal antara anda dan dia yang berlaku sebelum itu, sama ada anda sedari ataupun tidak. Ada juga kemungkinan ia berpunca daripada sebelah pihak saja. Jika ia daripada isteri anda saja, anda mungkin ingin menyelidik lebih lanjut daripadanya dan meminta agar dia berterus terang.

Begitu juga jika ia sebenarnya berpunca daripada anda sehingga isteri menunjukkan sikap sedemikian, bersemukalah dengannya untuk penyelesaian. Ia memerlukan rasional yang mendalam agar perbincangan berjaya ke penghujungnya tanpa gangguan emosi sehingga mengakibatkan pertengkaran dan menyebabkan perbincangan tergantung.

Hanya sekiranya tiada konflik sedemikian dan penilaian doktor mendapati isteri anda mengalami perubahan hormon dan seumpamanya, ubat-ubatan mungkin dapat membantu. Dalam kebanyakan kes, ia tidak memerlukan bantuan ubatan.

Sumber

No comments:

Post a Comment