Seni Jimak

Saturday 30 June 2012

Sukar Mencapai Orgasma Dan Ejakulasi

SAYA baru berusia 21 tahun. Yang membimbangkan saya sekarang ialah, saya sukar mencapai ejakulasi. Kadangkala saya perlu berbaring untuk mencapai ejakulasi dan ia mengambil masa lebih setengah jam.
Adakah ini satu penyakit dan bagaimana mahu merawatnya? Untuk pengetahuan doktor, saya pernah mengadakan hubungan seks dengan teman wanita serta kerap melakukan onani.

Saya juga pernah menghidap sifilis tapi sudah sembuh. Masalah lambat ejakulasi dikesan selepas saya pulih daripada penyakit berkenaan.

PUTERA 

Memandangkan anda terbabit dalam aktiviti seks rambang sejak muda dan pernah dijangkiti penyakit kelamin, anda mungkin tidak menyedari bahawa anda juga membawa penyakit kelamin lain walaupun dikatakan sembuh.

Kajian mendapati 80 hingga 90 peratus individu yang terbabit dengan aktiviti seks rambang, tidak tahu mereka terkena jangkitan penyakit sifilis lain seperti herpes, HPV (kuman virus Papilloma), hepatitis B, chlymidia dan HIV kerana kebanyakan jangkitan itu tidak menunjukkan kesan ketara kepada pembawa.

Orang yang menjadi mangsa ialah pasangannya apabila berkahwin kelak.

Mengenai masalah ejakulasi anda, jika ujian darah yang dilakukan menunjukkan anda bebas sepenuhnya daripada sifilis, ia mungkin berpunca daripada masalah lain.

Selain penyakit kronik seperti kencing manis, masalah urat saraf, penyakit prostat seperti keradangan prostat, stres, keletihan, kurang minat terhadap pasangan dan keresahan juga boleh mengakibatkan lambat ejakulasi.

Masalah ini juga boleh berlaku jika orang yang mengalaminya mengambil alkohol atau dadah.

Yang boleh saya katakan, anda mungkin mudah bosan melakukan hubungan seks dengan satu pasangan kerana anda sudah biasa sangat dengannya. Jadi, hubungan seks tidak lagi sesuatu yang istimewa buat anda.

Cara terbaik ialah hentikan aktiviti seks rambang dan jalani ujian darah untuk mengesan jika virus penyakit kelamin itu masih wujud. 


Sumber

Onani [Melancap] Ganggu Kehidupan

SAYA melakukan onani sejak berusia 16 tahun dan tidak dapat menghentikan tabiat itu walaupun usia kini mencecah 20 tahun. Saya bimbang akan mengalami mati pucuk jika masih meneruskan tabiat ini.
Bagaimana caranya untuk menghentikan tabiat ini? Mampukah saya menghasilkan sperma yang subur dan adakah saya akan menghadapi masalah cepat klimaks?

REMAJA RUNSING
Seremban


Kajian mendapati individu yang melakukan onani adalah mereka yang kurang bergaul serta kurang keyakinan diri. Bagi mereka, cara melepaskan tekanan ialah dengan melakukan onani.

Kajian juga mendapati mereka yang kerap melakukan onani mudah terjebak dengan kegiatan tidak sihat lain seperti merokok, mengambil minuman keras, dadah dan seks songsang. Jadi anda boleh melihat betapa tidak baiknya perbuatan itu.

Terjebak dengan amalan onani pasti mengganggu kehidupan harian anda, malah boleh mendatangkan tekanan pula jika anda tidak dapat melakukannya.

Mahu tidak mahu, anda perlu mencari jalan penyelesaian sendiri atau mengurangkannya supaya aktiviti harian anda tidak terganggu.

Perbuatan ini juga boleh mencetus masalah jika anda berumah tangga nanti.
Segelintir lelaki dan wanita yang terikat dengan amalan onani akan mendapati mereka sukar meninggalkan perbuatan itu walaupun berkahwin.

Ini kerana mereka rasa lebih puas dengan melakukan onani berbanding mengadakan hubungan seks dengan pasangan.

Ini menyebabkan mereka terus bergantung dengan onani dan ia pasti boleh menjejaskan keharmonian dalam rumah tangga.

Jika anda sukar untuk melepaskan amalan ini, anda perlu jumpa pakar psikatri untuk membantu anda dengan menjalani sesi kaunseling dan mungkin dengan ubat yang diberi boleh meningkatkan motivasi bagi mengurangkan perbuatan itu.

Sumber


Ubah kedudukan hubungan seks untuk kekalkan prestasi

JIKA ejakulasi berlaku dan saya masih bersetubuh bersama pasangan, adakah baki air mani mengalir masuk ke faraj atau meleleh keluar?

DON
Kuala Lumpur

Sebahagian besar lelaki mampu mengekalkan ketegangan zakar selepas ejakulasi dan ia membantu pasangan wanita mencapai klimaks jika pancutan air mani berlaku awal.

Bagaimanapun, kemampuan ini akan hilang apabila usia lelaki itu meningkat dan ketegangan zakarnya tidak seperti waktu muda dulu. Keadaan ini selalunya mendatangkan masalah dalam hubungan seks dengan pasangan.

Jika selepas ejakulasi lelaki itu masih meneruskan geselan zakar ke faraj, sudah tentu kemasukan angin yang berlaku menyebabkan air mani keluar daripada faraj.

Perkara ini boleh dikurangkan jika wanita mengangkat punggung ke atas serta merapatkan paha ke dada dan ia menyebabkan faraj menjadi lebih panjang.
Mungkin anda perlu mengubah posisi dengan mengadakan persetubuhan daripada arah belakang yang dapat mengelak keciciran air mani.

Sumber

Selamat datang ke blog bicarabatin.blogspot.com

Salam perkenalan dan selamat datang ke blog bicarabatin.blogspot.com kepada semua. Tujuan admin memulakan blog ini adalah bertujuan untuk membincangkan masalah mengenai isu kesihatan seksual baik sakit tuan atau puan untuk kebaikan kita bersama. Artikel dari blog ini akan dikemaskini dari masa ke masa. Ada juga artikel-artikel dari doktor pakar terkemuka dari sumber yang sah akan juga dimuatkan dalam blog ini. Di harap anda dapat memberi sokongan untuk blog ini terus maju dalam memberi sumber info berguna kepada semua. Terima kasih.

Admin,
bicarabatin.blogspot.com