Seni Jimak

Saturday 30 June 2012

Onani [Melancap] Ganggu Kehidupan

SAYA melakukan onani sejak berusia 16 tahun dan tidak dapat menghentikan tabiat itu walaupun usia kini mencecah 20 tahun. Saya bimbang akan mengalami mati pucuk jika masih meneruskan tabiat ini.
Bagaimana caranya untuk menghentikan tabiat ini? Mampukah saya menghasilkan sperma yang subur dan adakah saya akan menghadapi masalah cepat klimaks?

REMAJA RUNSING
Seremban


Kajian mendapati individu yang melakukan onani adalah mereka yang kurang bergaul serta kurang keyakinan diri. Bagi mereka, cara melepaskan tekanan ialah dengan melakukan onani.

Kajian juga mendapati mereka yang kerap melakukan onani mudah terjebak dengan kegiatan tidak sihat lain seperti merokok, mengambil minuman keras, dadah dan seks songsang. Jadi anda boleh melihat betapa tidak baiknya perbuatan itu.

Terjebak dengan amalan onani pasti mengganggu kehidupan harian anda, malah boleh mendatangkan tekanan pula jika anda tidak dapat melakukannya.

Mahu tidak mahu, anda perlu mencari jalan penyelesaian sendiri atau mengurangkannya supaya aktiviti harian anda tidak terganggu.

Perbuatan ini juga boleh mencetus masalah jika anda berumah tangga nanti.
Segelintir lelaki dan wanita yang terikat dengan amalan onani akan mendapati mereka sukar meninggalkan perbuatan itu walaupun berkahwin.

Ini kerana mereka rasa lebih puas dengan melakukan onani berbanding mengadakan hubungan seks dengan pasangan.

Ini menyebabkan mereka terus bergantung dengan onani dan ia pasti boleh menjejaskan keharmonian dalam rumah tangga.

Jika anda sukar untuk melepaskan amalan ini, anda perlu jumpa pakar psikatri untuk membantu anda dengan menjalani sesi kaunseling dan mungkin dengan ubat yang diberi boleh meningkatkan motivasi bagi mengurangkan perbuatan itu.

Sumber


No comments:

Post a Comment