Seni Jimak

Saturday 15 August 2015

Barah payudara dan hubungan intim

Ramai beranggapan hubungan seksual selepas usia 40-an tidak penting terutama bagi golongan wanita yang menghidap atau menjalani rawatan kanser payudara.
Hakikatnya, perkara penting ini kurang diketengahkan disebabkan faktor masyarakat yang masih beranggapan ia adalah tabu dan tidak sesuai dibicarakan kepada orang awam.
Perunding Perubatan Onkologi Hospital Beacon, Dr Azura Rozila Ahmad berkata, kurang kesedaran serta perasaan malu membuatkan tidak ramai wanita tampil bertanya mengenai masalah mereka.

“Isu ini sangat penting untuk diketengahkan kerana statistik menunjukkan kira-kira 50 hingga 90 peratus wanita yang dirawat kerana kanser payudara berhadapan masalah seksual.
“Antaranya disebabkan salah faham atau takut kanser itu akan berjangkit kepada pasangan ketika melakukan hubungan kelamin sedangkan ia hanya mitos.

“Ramai juga beranggapan selepas atau ketika menjalani rawatan tahap seksual mereka akan menurun sedangkan hakikatnya keberahian wanita akan kembali selepas ia benar-benar bersedia,” katanya ketika ditemui di hospital itu baru-baru ini.
Menurutnya, secara am tiada halangan untuk melakukan hubungan kelamin walaupun ketika menjalani rawatan kanser payudara. Ada juga wanita yang mengalami pengurangan libido (rangsangan) dalam tempoh menjalani rawatan.

“Memang ada perubahan keinginan seks wanita tetapi perubahan ini tidak akan kekal lama. Ia bergantung kepada keadaan emosi individu dan pe­nyesuaian seseorang itu dengan perubahan yang dialaminya selain sokngan pasangan.
“Pembedahan atau rawatan radiasi payudara tidak mengubah rangsangan organ kelamin wanita termasuk untuk mencapai orgasma. Kemoterapi mungkin menyebabkan pengurangan libido tetapi ia bergantung kepada individu, misalnya penat atau rasa mual menyebabkan wanita kurang berminat ketika masih menjalani rawatan,” katanya.

Dr Azura berkata, keinginan melakukan seks akan kembali selepas tamat rawatan. Ia mungkin mengambil masa berminggu atau bulan. Ubat yang digunakan ketika rawatan biasanya tidak mengubah kenikmatan atau rangsangan kelamin ketika melakukan hubungan seksual.
“Ada juga ubat menyebabkan pengeringan kulit dalam faraj. Namun ia boleh ditangani dengan penggunaan ubat sapu pelincir yang boleh digunakan sebagai pelembap.
“Saya sarankan wanita berbincang dengan pakar rawatan kanser berkenaan rawatan kemoterapi dan hubungan intim. Kalau mampu tidak ada masalah. Ketika tahap sel putih rendah, apa saja jenis luka di bahagian faraj boleh membawa jangkitan kepada tubuh.

“Saya juga tidak menggalakkan wanita yang masih dalam rawatan atau selepas hamil kerana berkemungkinan besar ia bahaya untuk janin dan juga ibu disebabkan boleh mempengaruhi pertumbuhan kanser.

“Saya sarankan lebih baik menggunakan kondom kerana secara teori cairan di faraj mungkin mengandungi kemoterapi yang boleh terkena pasangan. Jadi penggunaan kondom dalam satu minggu selepas rawatan kemoterapi sangat penting,” katanya.
Mengulas lebih lanjut, beliau menjelaskan, peranan suami sangat penting ketika isteri menjalani rawatan ini.

“Sokongan suami penting bagi memberi semangat kepada isteri. Jangan pula mengambil bersikap sambil lewa dan kesempatan mencari orang lain atas alasan tidak munasabah.
“Hakikatnya saat begini, suami perlu sentiasa berada di sisi isteri untuk memberi kata perangsang supaya isteri lebih kuat dan sentiasa positif.

“Perubahan bentuk badan boleh menyebabkan rasa rendah diri selain rasa malu pada bahagian parut di dada (mastecktomi) atau parut pada payudara terdedah kepada pasangan,” katanya.
Jelasnya, perubahan fizikal wanita juga boleh menyebabkan wanita berasa kurang seksi di samping tekanan emosi, mengurangkan keinginan, dorongan dan kurang yakin di ranjang.

“Kelainan terhadap rangsangan di payudara yang baru (reconstructed breast) di mana saraf deria terpotong akibat pembedahan akan mengurangkan rangsangan dan tidak sama seperti dulu selain sedikit kebas.“Namun tiada masalah untuk bahagian itu disentuh. Tambahan lagi apabila pasangan tersentuh bahagian dada berparut walaupun tidak sakit. Saya mahu tekankan lagibahawa rawatan kanser payudara tidak mengurangkan rasa berahi untuk melakukan hubungan seksual,”katanya.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/69139

Friday 5 September 2014

5 Zone Berahi Wanita Yang Perlu Anda Tahu

5 Zon Berahi Utama Wanita - Jika anda menghadapi kesukaran di dalam bilik tidur dan pasangan anda mengerang untuk semua sebab-sebab yang salah, tips ini akan dapat memandu anda ke arah yang betul.

Jika anda ingin mendapatkan erangan pasangan anda yang bukan berpura-pura, maka anda perlu melakukan sedikit kerja. Pertama, seorang lelaki boleh mencapai orgasme dalam masa 2 hingga 3 minit apabila dirangsang oleh pasangannya. Manakala seorang perempuan boleh mengambil masa sehingga 15 minit untuk mencapai klimaks.

Jika anda tahu fakta ini, bahawa anda tidak boleh terus bertahan lama melalui persetubuhan yang terus (anda akan tahu, jika anda melakukan itu, anda hanya melakukan hubungan seks, tetapi tidak berkasih sayang). Jadi, untuk mengatasinya, anda perlu merangsang badannya dengan foreplay terlebih dulu.

Sekarang, sebelum anda panik dan merasa pelik, semua ini boleh dilakukan dengan lidah dan tangan anda. Di jamin anda akan menjadi pencinta yang lebih baik di dalam bilik tidur dan anda benar-benar akan memberi pasangan anda orgasme selepas orgasme.
Terdapat 5 Zon Berahi Utama wanita:

Leher

Selain daripada dilihat seksi dan menarik, leher wanita mungkin merupakan salah satu kawasan yang paling sensitif di anggota badannya. Cium dengan lembut di kawasan ini dari bahunya ke bawah telinganya (pada masa yang sama urut dengan lidah anda sehingga ke tulang belakangnya). Terus lalukannya dan dia akan bernafas besar dalam tempoh masa yang singkat.

Cuping Telinga

Menghisap cuping telinga bukan untuk semua orang. Sesetengah wanita merasa seronok jika dilakukan tetapi yang lain tidak. Sementara anda berada di situ, anda boleh berbisik sesuatu benda yang manis di telinganya. Ini adalah satu cara yang berlainan asalkan dia suka, jika anda bosan dengan ciuman di bibir. Mengurut cuping telinga dengan jari anda dari semasa ke semasa boleh menjadi sangat menenangkan.

Puting

Setanding dengan lehernya kerana sensitif, puting wanita menjadi keras apabila dirangsang dengan lidah anda. Jangan lupa untuk melakukan di kedua-dua buah dadanya. Jika dia belum meraih kepala anda pada ke pangkuannya peringkat ini, maka anda melakukan dengan teknik yang salah.

Pusat

Pusat adalah satu lagi tempat yang perlu anda rangsang sebelum melakukan persetubuhan penuh. Mencium kawasan ini dengan bibir dan lidah anda, akan menyebabkan getaran yang akan bergetar melalui kawasan pembiakan dan mula merangsang ke tempat G-spotnya.

G-Spot

G-spot adalah anatomi wanita yang agak sukar untuk mencarinya. Adalah lebih baik bertanya kepada dia, jika dia telah menjumpai tempat G-Spotnya dan biarkan dia menunjukkan anda ke arah yang betul.Sebagai panduan umum, G-spot wanita terletak di atas bumbung faraj (iaitu bahagian yang paling dekat dengan perut beliau).

Ia mempunyai saiz dan bentuk duit syiling 5 sen dan boleh dijumpai kira-kira 4 inci.Tindakan berhati-hati perlu dilakukan ketika meransang kawasan ini dengan lidah atau jari anda kerana wanita boleh hilang kawalan. Jangan terkejut jika dia menekan muka anda untuk mendapat kepuasan yang maksimum.

Melakukan gabungan semua perkara diatas akan membuatkan pasangan anda merayu untuk mendapatkan lagi dan ini akan menjadikan anda seorang kekasih yang terbaik untuknya. Penguji kajian adalah kunci untuk mengetahui apa yang disukai pasangan anda kerana semua orang adalah berbeza.

Seperti yang anda boleh lihat, orgasme wanita melibatkan rangsangan seluruh badannya dan tidak semudah hanya melalui penembusan semata-mata. Ambil masa anda untuk menunjukkan rasa ambil berat anda dan perhatian kepada keperluannya, yang akan meletakkan anda di atas mana-mana pencinta lain, dan ini akan membuatkan dia sukar melarikan diri dari katil. 

6 Tanda Jika Wanita telah mencapai klimaks

Banyak lelaki yang merasa bingung dan risau dengan kepuasan seks pasangannya. Beberapa lelaki yang telah berumahtangga selama bertahun-tahun bahkan tidak pernah tahu apakah isterinya mengalami klimaks atau tidak. Tidak seperti lelaki, tanda-tanda wanita mengalami kemuncak kepuasan(klimaks) agak sulit diketahui.
Klimaks adalah puncak dari kegiatan seksual yang ditandai sebagai perasaan nikmat akibat dari kontraksi otot disekitar alat kelamin. klimaks pada lelaki berbeza dengan wanita. Pada lelaki, klimaks biasanya dapat diketahui dengan jelas karena proses klimaks yang selalu diikuti dengan ejakulasi sperma dari penis. Tanda-tanda klimaks pada wanita lebih sulit diketahui kecuali dengan memperhatikan beberapa gejala fizik yang terlihat ketika berhubungan.
Tanda-tanda seorang wanita mengalami klimaks ada dua, psikik dan fizik. Secara psikik, klimaks wanita adalah perasaan nikmat yang menjalar keseluruh tubuh, rasa nyaman, kepala ringan dan badan seakan melayang. Tanda-tanda psikik ini hanya bisa dirasakan dan diketahui oleh pihak wanita.
Selain tanda psikik, ketika klimaks wanita juga akan memperlihatkan beberapa gejala fizik yang bisa diketahui oleh pasangan. Tanda-tanda fizik wanita sedang mengalami klimaks terlihat dari adanya kontraksi di beberapa otot tubuh seperti di kelamin, bokong, lengan, wajah, dan tungkai. Kontraksi yang muncul ini secara umum akan menimbulkan desahan atau bahkan teriakan.
Perubahan fizik seperti kontraksi dan kejang di daerah vagina dapat dirasakan langsung oleh pasangan lelaki. Ketika klimaks, penis seolah dicengkam dengan kuat dan terhisap ke arah rahim. Tanda-tanda lain yang muncul ketika wanita klimaks adalah dada dan wajah kemerahan, nafas melambat, dan denyut jantung yang semakin cepat.
Secara garis besar tanda-tanda wanita mencapai klimaks adalah sebagai berikut :

  • Otot berkontraksi menyebabkan tubuh menggelinjang
  • Wajah dan dada kemerahan
  • Denyut jantung semakin cepat
  • Desahan kuat dan teriakan
  • Memeluk pasangan erat-erat
  • Tubuh menjadi longlai setelah klimaks
  • Jika isteri anda menunjukkan tanda-tanda seperti di atas saat berhubungan seks, maka besar kemungkinan dia mengalami klimaks.
    Beberapa wanita mengaku mengalami kesulitan mencapai klimaks, penyebabnya bisa karena kurang foreplay atau kerana sang wanita menderita frigid. Jika ingin membuat wanita cepat klimaks, caranya adalah dengan mempelajari beberapa posisi seks yang memudahkan wanita klimaks atau bisa juga dengan membuat resepi tradisional khusus isteri yang sulit klimaks dan yang paling penting adalah tetap menjalin komunikasi dengan pasangan. – 

    Wednesday 20 August 2014

    Seks luar nikah: Syok sekejap merana lama

    Tidak salah untuk dua individu yang berbeza jantina menjalin hubungan. Mereka yang akan menentukan ke arah mana hubungan itu, sama ada berakhir dengan perpisahan, kekal sebagai rakan atau ke jenjang pelamin.
    Tidak dinafikan, hubungan lelaki dan wanita membabitkan interaksi minda, emosi dan kadangkala membawa ke tahap intim. 
    Namun, penting untuk mereka fikirkan risiko yang akan berlaku apabila hubungan intim itu menjadi hubungan seksual jika mereka belum bersedia membuat komitmen.

    Lelaki bertanggungjawab akan bersedia untuk berkahwin, tetapi yang tidak bersedia akan melarikan diri.

    Wanita pula boleh hamil dan kemungkinan dia tidak lagi diterima lelaki lain berikutan mempunyai anak luar nikah.

    Perlu diingatkan, lelaki biasanya terlepas daripada segala tekanan sosial. Malah, dia akan berasa dirinya ‘hero‚ dan bermegah kerana dapat meniduri seseorang wanita dengan tidak teragak-agak memberi ‘laporan‚ kepada rakan lain.

    Sehubungan itu, yang jelas rugi ialah wanita! Jika wanita pernah melakukan hubungan seksual, dia bukan lagi anak dara. Sebaliknya, tiada apa-apa tanda kepada lelaki yang pernah meniduri wanita.

    Jika wanita itu pernah hamil dan menggugurkan kehamilan pula, dia akan mempunyai sistem reproduktif yang tercemar.

    Ketika peringkat awal, proses kehamilan akan mengakibatkan payudara membesar dan kembang. Puting juga membesar dan bertukar warna kepada lebih gelap.

    Keadaan ini akan kekal dan tidak pulih kepada sedia kala walaupun selepas menggugurkan kandungannya.

    Jika dia pernah berseronok dengan lelaki, sentuhan intim yang dilakukan kepada kemaluan dan payudara sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada bahagian berkenaan dan perubahan tumbesaran boleh berlaku.

    Bagi wanita yang tidak menghargai diri dan tidak berfikir panjang, semua perubahan mungkin tidak membimbangkan sehingga tiba harinya yang mereka berasa kesal tetapi semuanya sudah terlambat.

    Wanita yang mempunyai harga diri tahu menjaga diri dan tidak akan terjebak dengan perkara yang boleh merendahkan martabat kewanitaannya.

    Inilah wanita yang cemerlang, pilihan lelaki yang sejati!
    Sumber

    Saturday 26 October 2013

    Makanan yang berkhasiat tingkat penghasilan air mani

    Masih ramai lelaki dan wanita tidak tahu perihal kuantiti air mani. Sejak kebelakangan ini banyak e-mel yang saya terima bertanya mengenai air mani.
    Baik suami mahupun isteri menyatakan kebimbangan, lebih-lebih lagi jika tidak mendapat anak walau sudah lama berkahwin. 
    Dalam pelbagai soalan, saya tertarik kepada individu yang bertanya mengenai ubat dan makanan yang boleh menambah kuantiti air mani. 

    Isi padu air mani yang keluar ketika klimaks berubah mengikut tahap rangsangan seksual, kekerapan persetubuhan dan umur.

    Tahap rangsangan membuatkan anggota reproduktif lelaki menjadi mantap dengan kemasukan darah yang banyak dalam pundi prostat, cowpers dan seminal, kemudian dapat menghasilkan air mani yang banyak.
    Bagaimanapun, air mani akan berkurangan jika seorang lelaki kerap melakukan persetubuhan atau onani. Ini tidak mengira faktor ghairah atau terangsang seseorang lelaki. 

    Oleh itu, tidak hairan jika tidak bersetubuh dalam jangka masa lama, perasaan teruja semakin ketara dan penghasilan air mani juga bertambah. 

    Menyentuh aspek umur, pengaruh hormon testosteron memainkan peranan penting. Apabila tahap hormon menurun, rangsangan terhadap pundi tadi menjadi kurang, seterusnya jumlah air mani menjadi sedikit. 

    Bagaimanapun, banyak keadaan boleh mempengaruhi jumlah air mani seperti makanan dan makanan tambahan. Lelaki menghasilkan dua hingga enam mililiter (ml) air mani setiap kali klimaks. Jika kerap klimaks, isi padu air mani boleh berkurangan sebanyak ½ ml atau hanya beberapa titik. 

    Bagi lelaki, banyak meminum air dapat membantu meningkatkan kuantiti air mani. Anda perlu minum sekurang-kurangnya empat liter sehari. 

    Selain itu, daging mengandungi pelbagai nutrien sesuai untuk penghasilan sperma. Ikan tuna, ayam dan daging merah mengandungi asid amino seperti L-Arginine dan L-Carnitine yang penting untuk sperma. 

    Tiram dan makanan laut pula mengandungi zink yang penting untuk penghasilan air mani serta keaktifan sperma. Kekacang pula bagus dimakan kerana mengandungi banyak zat galian zink dan selenium. 

    Bijirin seperti oat dan granola, buah-buahan seperti buahan citrus, bayam, brokoli dan asparagus juga elok dimakan kerana mengandungi asid folik. 

    Buah-buahan tempatan juga mempunyai nutrien baik dan penting untuk penghasilan air mani. Buah nangka dan betik mengandungi banyak antioksida yang boleh mempengaruhi kualiti sperma dalam badan. 

    Pendek kata, semua buah-buahan dan sayuran menyumbang kepada isi padu, kesihatan dan kandungan air mani seseorang. 

    Perkara yang mendapat kajian klinikal adalah herba akar Tongkat Ali. Ia diuji secara saintifik oleh pakar tempatan dan dilihat boleh menambah isi padu air mani. 

    Semua makanan dan suplemen yang saya nyatakan di atas boleh diamalkan jika ingin menambah isi padu air mani yang berkualiti, baik untuk lelaki muda mahupun berumur, sekali gus meningkatkan peluang kehamilan.

    Zakar Dan Dubur Bengkak Akibat Buasir

    Saya pernah mengalami keadaan sama seperti sekarang tetapi saya biarkan dan masalah ini hilang. Namun, baru-baru ini, zakar dan dubur saya kembali bengkak dan ia tidak hilang seperti sebelum ini dan ia menyakitkan sehingga menyukarkan saya berjalan.
    Saya tidak mempunyai masalah ketika membuang air besar, tetapi ia menyakitkan ketika berjalan. Buah zakar juga melendut dan berurat, ia kelihatan seperti tersimpul. Apakah masalah saya sebenarnya? 

    KARIM 
    Kuala Lumpur

    Anda sanggup menderita menahan sakit dan membiarkan masalah yang anda alami berterusan dengan harapan ia lega secara semula jadi.
    Mungkin dulu keadaan lain dan masalah bengkak itu tidak seberapa, tetapi masa sudah berlalu dan perubahan yang dulu biasa kini menjadi luar biasa.

    Mungkin kerana masalah terbabit berlaku di tempat sulit, anda rasa malu untuk berjumpa doktor. Soalan anda tidak terperinci, namun saya mengagak anda mengalami masalah buasir.

    Jika benar, buasir yang anda alami boleh terkeluar atau terjojol dan menjadi ketara apabila ia tidak surut. Masalah buasir akan menjadi kronik selagi puncanya tidak diselesaikan. Ketulan yang terkeluar ialah mukosa lubang dubur yang lemah dan ia tersepit ketika duduk.

    Masalah ini mempunyai ubat dan cara rawatannya, namun anda perlu berjumpa doktor. Mengenai buah zakar yang bergayut, ia perkara biasa dan akan lebih ketara apabila umur meningkat dan secara kebetulan kandungan dalam buah zakar berat.

    Anda menyatakan ‘urat tersimpul’ kini kelihatan kembang dan timbul. Urat dimaksudkan itu sebenarnya pembuluh darah vena yang kebetulan berpintal dan mengembang akibat kelemahan otot dinding vena.

    Keadaan ini dikenali sebagai ‘varikosel’. Sememangnya ia akan kelihatan hodoh walaupun tidak menyakitkan.

    Varikosel menjadi masalah apabila lelaki itu mengalami masalah sperma, iaitu bilangan sperma kurang dan profil sperma tidak normal dan mengancam kesuburan lelaki itu.

    Jika ia berlaku, doktor akan syorkan supaya varikosel itu diikat atau dibedah. Anda perlu berjumpa doktor keluarga untuk menyelesaikan masalah buasir dan menjalani ujian air mani jika anda belum lagi menimang cahaya mata.

    Friday 12 April 2013

    Adab hubungan seks pengantin baru

    BAGI menjayakan hubungan kelamin pasangan baru berkahwin yang tiada pengalaman mengenai hubungan seks, mereka perlu tahu memainkan peranan masing-masing.
    Suami perlu tahu jika ereksi tidak cukup keras dan zakar sukar dimasukkan ke faraj isteri, lebih-lebih lagi untuk melakukan tusukan.

    Si isteri pula perlu tahu, jika pembukaan faraj mengecut atau tertutup dengan padat, zakar tidak dapat dimasukkan ke faraj dan jika ia dipaksa, si isteri akan terasa sakit.

    Isteri mengawal pembukaan faraj dan menentukan sama ada mahu membuka atau menutupnya. Sememangnya pembukaan faraj tertutup atau rapat dalam keadaan biasa.

    Dalam keadaan takut atau ngilu, otot lantai pelvis si isteri atau ‘otot kemut’ mencengkam dan membuatkan pembukaan faraj tertutup lebih padat.

    Jika dipaksa melakukan penembusan, faraj boleh tercedera atau terluka. Sudah tentu ia menyakitkan mereka berdua, lebih-lebih lagi si isteri.
    Si isteri perlu melegakan otot kemut dan pembukaan faraj, seolah-olah mahu membuang air besar atau air kecil. Dengan cara demikian, mudah bagi suami melakukan tusukan dengan bantuan isteri.

    Jika permukaan dan pembukaan faraj kering atau kurang lembap, jeli pelembap seperti ‘Top’Gel’ (Durex) atau mana-mana pelembap yang boleh melicinkan perjalanan boleh digunakan tanpa was-was.
    Untuk menguji cara melegakan pembukaan faraj, si isteri boleh menyalurkan satu jari ke dalam faraj dan kemudian mencuba memasukkan dua jari sambil meneliti cara mengizinkan ereksi suami memasuki ruang faraj dengan melegakan pembukaan faraj.

    Jika masih gagal menyempurnakan hubungan kelamin, kedua-dua pihak disyorkan berjumpa doktor untuk mendapat bimbingan dan tunjuk ajar. Berjumpa bomoh atau dukun bukan tindakan bijak.

    Masalah berlaku bukan kerana ilmu hitam tapi kurang ilmu hubungan seks serta kurang bimbingan dan maklumat mengenai dunia kelamin. Saya boleh dihubungi melalui e-mel dr_tambi@yahoo.com.

    Saya syorkan pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga membaca buku panduan hubungan seks suami isteri bertajuk ‘Adab Malam Pengantin’ keluaran Telaga Biru.

    Sumber