BAGI menjayakan hubungan kelamin pasangan baru berkahwin yang tiada
pengalaman mengenai hubungan seks, mereka perlu tahu memainkan peranan
masing-masing.
Suami perlu tahu jika ereksi tidak cukup keras dan zakar sukar
dimasukkan ke faraj isteri, lebih-lebih lagi untuk melakukan tusukan.
Si isteri pula perlu tahu, jika pembukaan faraj mengecut atau tertutup
dengan padat, zakar tidak dapat dimasukkan ke faraj dan jika ia
dipaksa, si isteri akan terasa sakit.
Isteri mengawal pembukaan faraj dan menentukan sama ada mahu
membuka atau menutupnya. Sememangnya pembukaan faraj tertutup atau rapat
dalam keadaan biasa.
Dalam keadaan takut atau ngilu, otot
lantai pelvis si isteri atau ‘otot kemut’ mencengkam dan membuatkan
pembukaan faraj tertutup lebih padat.
Jika dipaksa melakukan
penembusan, faraj boleh tercedera atau terluka. Sudah tentu ia
menyakitkan mereka berdua, lebih-lebih lagi si isteri.
Si isteri perlu melegakan otot kemut dan pembukaan faraj,
seolah-olah mahu membuang air besar atau air kecil. Dengan cara
demikian, mudah bagi suami melakukan tusukan dengan bantuan isteri.
Jika permukaan dan pembukaan faraj kering atau kurang lembap, jeli
pelembap seperti ‘Top’Gel’ (Durex) atau mana-mana pelembap yang boleh
melicinkan perjalanan boleh digunakan tanpa was-was.
Untuk menguji cara melegakan pembukaan faraj, si isteri boleh
menyalurkan satu jari ke dalam faraj dan kemudian mencuba memasukkan dua
jari sambil meneliti cara mengizinkan ereksi suami memasuki ruang faraj
dengan melegakan pembukaan faraj.
Jika masih gagal
menyempurnakan hubungan kelamin, kedua-dua pihak disyorkan berjumpa
doktor untuk mendapat bimbingan dan tunjuk ajar. Berjumpa bomoh atau
dukun bukan tindakan bijak.
Masalah berlaku bukan kerana
ilmu hitam tapi kurang ilmu hubungan seks serta kurang bimbingan dan
maklumat mengenai dunia kelamin. Saya boleh dihubungi melalui e-mel
dr_tambi@yahoo.com.
Saya syorkan pasangan yang bakal
mendirikan rumah tangga membaca buku panduan hubungan seks suami isteri
bertajuk ‘Adab Malam Pengantin’ keluaran Telaga Biru.
Sumber
No comments:
Post a Comment