Seni Jimak

Monday 2 July 2012

Testis terasa panas

SAYA mengalami masalah keselesaan pada testis kiri. Ketika melakukan pemeriksaan kendiri, saya dapati tiada perubahan saiz tetapi ia terasa panas dan sakit.
Perkara ini berlanjutan sehingga dua minggu dan kesannya, paha terasa lemah manakala bahagian bawah perut pula mengalami kesakitan. Keadaan ini mengganggu kehidupan saya. Adakah saya perlu melakukan CT Scan?


JOHAN
Sabah


 Masalah buah zakar atau testis selalu merisaukan lelaki kerana organ itu penting. Jika ada sesuatu yang tidak kena terhadapnya walaupun ia perkara normal, ia pasti mengganggu ketenteraman minda.

Jika masalah dialami itu baru, ia perkara yang baru berlaku, namun jika sudah lama dialami dan kerap berlaku, ia adalah masalah kronik.

Anda menyatakan buah zakar kiri rasa kurang selesa dan panas dan ini berlaku sejak beberapa minggu. Menurut anda, rupa dan keadaan buah zakar itu biasa dan tiada perubahan fizikal.

Soalnya, adakah anda tahu apa berlaku terhadap buah zakar itu jika anda tidak pernah melakukan pemeriksaan kendiri?

Pemeriksaan kendiri buah zakar atau ‘Self Testicular Examination’ memerlukan anda memeriksa kedua-dua buah zakar secara kerap, sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Jika anda melakukannya, tentu anda akan tahu jika ada perubahan kepada buah zakar, memandangkan buah zakar yang dimaksudkan itu terasa panas dan kurang selesa.

Anda perlu merujuk kepada doktor untuk pemeriksaan teliti. Jika perasaan tidak selesa itu hanya sementara, mungkin ia bukan masalah.

Namun jika perasaan tidak selesa itu kekal dan berpanjangan dan ada perasaan tambahan seperti lenguh paha dan sakit bahagian kiri bawah perut, ia memerlukan pemeriksaan segera.

Perasaan sakit atau kurang selesa buah zakar boleh berlaku akibat tekanan kepada buah zakar seperti tercedera atau terhentak atau terpulas. Ada kemungkinan juga bahagian dalamannya menjadi radang, seperti keradangan pundi epididimis atau buah zakar radang seperti ‘orkitis’ atau mungkin kedua-duanya sekali kerana jangkitan jangkitan.

Begitupun, ia mungkin disebabkan pembuluh darah buah zakar berpintal dan mengembang, di mana situasi ini dikenali sebagai ‘varokosel’.

Jika masalah ini berlaku, buah zakar akan terasa panas, perasaan sengal berlaku dan boleh menular ke bahagian bawah perut dan paha!

Begitupun, jangan pula mendapatkan rawatan pengamal tradisional seperti tukang urut, bomoh atau dukun. Menggunakan kekerasan seperti urutan atau menuam buah zakar dengan benda panas boleh merosakkan kilang sperma dan anda mungkin menjadi mandul.

Segera berjumpa doktor jika anda masih kurang selesa dengan keadaan itu.

Sumber

No comments:

Post a Comment