Seni Jimak

Wednesday 26 September 2012

Sindrom zakar lebam

SAYA berumur 20 tahun dan sering merasa sakit pada bahagian bawah tulang belakang. Kadangkala ketika ereksi, zakar saya bertahan berjam-jam, namun selepas empat atau lima jam, bahagian belakang, kantung buah zakar dan pangkal zakar terasa ngilu.
Jika membuang air kecil, saya rasa sakit tersekat di salur air kencing. Namun jika berehat, baring dan tidur ia pulih serta-merta, tetapi bila zakar kembali tegang ia sakit semula.

Apakah masalah sebenarnya? Saya ingin melangsungkan perkahwinan tetapi masalah ini membuatkan saya risau.

MAT 
 Gombak, Selangor


Anda menyatakan kerap mengalami ereksi untuk jangkamasa panjang ketika berasa ghairah dan lepas itu, ia masih dalam keadaan separa erek dan anda terasa sengal di bahagian bawah tulang belakang dan di keseluruhan anggota kelamin.

Perasaan itu hilang atau kurang apabila anda rehat atau tidur. Anda tidak menyatakan sama ada sudah cuba melegakan tekanan di kawasan anggota kelamin dengan onani seperti biasa dilakukan sebilangan lelaki apabila teruja seksual dan mengalami ‘kongesion’ atau kekembangan bahagian anggota kelamin.

Bagaimanapun, jika onani kerap dilakukan, anda terasa letih, lesu, otot belakang kejang, mengantuk seperti tidak cukup tidur, kencing tidak lancar atau sakit dan pelbagai masalah lain.

Pendek kata, perubahan yang anda alami ialah akibat rangsangan seksual. Teruja seks, maka ereksi berlaku. Ereksi kekal dengan takungan darah dalam otot zakar, maka otot zakar separa keras ketika anda tidak kemut.

Ketika mahu membuang air kecil, ereksi masih kekal sedikit, maka jalanan air kencing dalam salur sempit menyakitkan salur kencing seketika.

Semua tekanan ini hilang selepas tidur atau baring. Sebenarnya fenomena yang anda alami jarang berlaku iaitu ‘blue balls’ atau ‘buah zakar lebam’.

Ini kerana takungan darah yang banyak dalam buah zakar, pundi prostat, otot zakar dan sakit buah zakar serta hujung tulang tungking/belakang akibat kemasukan darah banyak di kawasan anggota kelamin akibat rangsangan seksual.


Vagina sakit ketika bersama

SAYA berkahwin dua bulan lalu. Hubungan seks saya dan isteri adalah normal dan kadangkala kami melakukannya tiga hari berturut-turut.
Masalahnya, bahagian kanan vagina isteri saya mengalami bengkak dan kadangkala dia terasa sakit ketika melakukan seks, di mana kedudukan zakar saya menujah ke sebelah kanannya.

Saya risau dan memberhentikan aktiviti seks buat seketika. Saya harap doktor dapat menjelaskan apakah masalah ini supaya kami dapat mengatasinya.

KARIL 
 Shah Alam



Anggota kelamin lelaki dan perempuan sememangnya direka untuk persetubuhan dan sepatutnya ia jadi tidak menyakitkan. Sakit ketika bersetubuh dikenali sebagai ‘dispareunia’.

Isteri terasa sakit ketika anda lakukan tusukan menghala bahagian kanan faraj. Sebelum ini dia tidak mengadu sakit, justeru, anda juga menyatakan kerap bersama, yang sememangnya menjadi kelaziman pasangan baru berkahwin.

Sepatutnya, hubungan seksual tidak menyakitkan kecuali jika ia ketika kali pertama dan sewaktu faraj kering. Jika ia menyakitkan dan kesakitan dapat dikesan pada tempat tertentu, mungkin bahagian faraj itu radang terkena jangkitan.

Lebih-lebih lagi jika pasangan menyatakan dia mengalami pengeluaran cecair dan gatal. Jadi sebaik-baiknya ialah membawanya berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Kini banyak doktor wanita yang boleh lakukan pemeriksaan untuk memastikan masalah sebenar supaya rawatan sewajarnya dapat diberi. Jika kesakitan itu hanya untuk beberapa hari, anda dan pasangan tidak perlu risau.

Jika faraj pasangan anda kurang lembap dan hubungan seks kesat, anda boleh gunakan jeli pelicin dan pertingkatkan ‘foreplay’ atau pemanasan terhadap pasangan agar hubungan seks berjalan lancar.

Sumber

Sunday 23 September 2012

Gusar Tunang Kurang Mantap


TUNANG saya ada masalah terkanan darah tinggi dan gout. Ibu menentang hubungan kami kerana bagi keluarga saya, dia tidak dapat membahagiakan saya dan boleh membawa pelbagai kompilasi penyakit lain seperti sakit jantung dan masalah buah pinggang.
Begitupun, saya menyayanginya dan berharap doktor boleh jelaskan kaitan penyakit ini serta meleraikan kekeliruan saya. 
KIMI
Pahang
 

Anda bergelar tunang dan prihatin mengenai kesihatan tunang. Kini anda serba salah kerana khuatir kesihatan tunang anda menjejaskan kemampuannya untuk membahagiakan anda selepas berkahwin kelak.

Persoalan saya, kenapa anda berfikir begitu? Ya, anda ada jelaskan bahawa ibu bapa menentang hubungan anda dengannya dan sebab diketengahkan ialah dia pesakit darah tinggi dan gout. Bagaimanapun, tahukah anda kedua-dua penyakit ini ada rawatannya?

Jika tidak menjalani pemeriksaan doktor, bagaimana dia tahu mengenai penyakitnya? Oleh kerana mahu pastikan kesihatannya sempurna, dia perlu menjalani pemeriksaan, tambahan pula jika ada penyakit keturunan.

Sudah tentu dengan rawatan ini, dia dapat menghayati tahap kesihatan sempurna. Tahukah anda, ramai yang berkahwin tanpa mengetahui pasangan mereka pembawa penyakit tertentu.

Ia hanya disedari apabila memberi kesan kepada kesihatan seperti mati pucuk, lemah syahwat, kurang tenaga dan pelbagai masalah lain yang menjejaskan hubungan kelamin.

Penyakit tunang anda boleh diubati dan ada rawatan khusus untuk menanganinya. Anda tidak perlu risau kerana ia tidak memberi kesan negatif kepada anda.

Pesakit ini juga masih bernafsu dan saya pasti, dia tidak mempunyai masalah dengan alat sulitnya untuk membahagiakan anda.